PANDUAN PENULISAN SURAT DAN DOKUMEN
Perkembangan teknologi maklumat menampil beberapa
teknologi seperti telefon bimbit, e-mel dan lain-lain
yang semakin canggih sebagai cara berhubung dalam
masyarakat. Bagaimanapun, surat-menyurat masih penting
untuk anggota masyarakat berhubung terutamanya dalam
penulisan surat-surat rasmi dan dokumen-dokumen.
Sehubungan ini buku PANDUAN PENULISAN SURAT DAN
DOKUMEN diterbitkan. Buku ini memberi rujukan kepada
mereka yang baru bertugas dan terbabit dalam penulisan
surat-surat dan dokumen.
Selain itu. disediakan juga surat-surat contoh kepada
pelajar-pelajar sekolah sebagai memenuhi keperluan
dalam peperiksaan UPSR / PMR.
Buku ini bermanfaat dari segi pengetahuan seperti
tentang nama-nama jabatan, pentadbiran jabatan dan
sebagainya.
Buku ini juga dapat memberi beberapa petunjuk
dalam penggunaan bahasa yang betul. Pada hari ini
dalam penulisan surat dan dokumen kadang-kadang
penggunaan bahasa tidak terkawal.
Diharap buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua peringkat yang memerlukan bimbingan dalam
penulisan surat dan dokumen.
Currently No Review